Selamat Datang..

Selamat Datang Ke Blog Bekas Pelajar Ting.Enam SMK Kuala Besut (Batch Pertama 1990/91). Kami Mengalu-alukan Sebarang Cadangan Daripada Anda

PENGUMUMAN TERKINI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1439H
Maaf Zahir & Batin
Eratkah Silaturrahim

PENAFIAN

PERINGATAN: Pengendali dan ExF6SMKKB90/91 tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Friday, May 13, 2016

Santai Bersama Selebriti @ FRIM

PENGENALAN

Penganjuran program ini merupakan kesinambungan aktiviti ceramah bulanan yang sering dianjurkan oleh biro-biro dalam Badan Kebajikan Islam yang telah diadakan dengan jayanya. Pada kebiasaannya, siri ceramah ini diadakan di auditorium yang melibatkan penyertaan dalam kalangan kakitangan FRIM, namun pada kali ini Biro Dakwah menampilkan sedikit kelainan dalam siri aktivitinya dengan mengadakannya di kawasan terbuka yang diharapkan mampu menarik penyertaan bukan sahaja dalam kalangan kakitangan, malahan juga dalam kalangan masyarakat setempat secara santai bersama keluarga. Penglibatan usaha pengimarahan majlis ilmu kepada masyarakat hendaklah dilaksanakan oleh semua pihak yang terlibat secara berterusan. Adalah diharapkan aktiviti dakwah terus mendapat sambutan yang menggalakkan dalam kalangan masyarakat setempat. Kerjasama semua pihak diharap dapat membuahkan hasil yang lebih berkesan terutamanya dalam menghadapi cabaran di era kemelesetan ekonomi ini.  

Objektif.
¨ Membina generasi berilmu
¨ Membina persepsi bahawa Islam agama yang mudah dan bukan menghalang
¨ Melahirkan kakitangan yang kreatif dan berdaya saing dalam menjalankan misi dakwah
¨ Menggerakkan usaha dakwah secara bersepadu agar lebih berkesan dan           menyeluruh.
¨ Menjalin silaturrahim dan memupuk perpaduan dalam kalangan rakan sejawat dan masyarakat.
¨ Meneruskan usaha-usaha amar makruf dan nahi mungkar
¨ Melatih kakitangan untuk lebih berdedikasi dalam menjalankan
      tugas dakwah yang berkesan dan kontemporari.
¨ Memberikan kesedaran bahawa setiap orang
      bertanggungjawab untuk berdakwah.


Semua dijemput Hadir.!!!! Pelbagai acara menarik menanti anda!!

PEMANTAU

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Daun Keladi