Selamat Datang..

Selamat Datang Ke Blog Bekas Pelajar Ting.Enam SMK Kuala Besut (Batch Pertama 1990/91). Kami Mengalu-alukan Sebarang Cadangan Daripada Anda

PENGUMUMAN TERKINI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1439H
Maaf Zahir & Batin
Eratkah Silaturrahim

PENAFIAN

PERINGATAN: Pengendali dan ExF6SMKKB90/91 tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tuesday, July 12, 2016

Tautan Ukhuwah Aidilfitri 1437H/2016M

Chegar Batang, 2 Syawal 1437H: Selepas sepi selama dua tahun daripada sebarang perjumpaan raya (2014-2015) sejak 2009, satu majlis tautan ukhuwah kalangan bekas pelajar dan guru telah diatur. Bertempat di rumah keluarga Sdr. Samsul janji temu itu diadakan seusia 4.00 petang dan berakhir 7.00 malam.

Dengan cuaca yang amat baik pada petang itu, syukur kepada Allah apa yang direncanakan dapat berjalan dengan sempurna dan jayanya meskipun kehadiran yang tidak begitu ramai. Cuti Raya yang amat pendek mungkin menjadi faktor ada kalangan bekas pelajar dan guru tidak dapat bersama pada pertemuan kali ini. InsyaAllah pada kesempatan lain di tahun depan, kita berusaha untuk berkumpul lagi dalam majlis yang seumpama ini.

Walaubagaimanapun syabas dan tahniah kepada yang sudi hadir. Setidak-tidaknya dapat bertemu dan berbual mesra walaupun dalam tempoh masa yang singkat. Namun ia amat bermakna dan berharga buat semua. Semoga usaha ini tidak terhenti disini tetapi akan diteruskan lagi pada masa-masa akan datang dalam usaha mencapai misi mengumpul semua bekas pelajar dan guru dibicara dibawah satu bumbung yang sehingga kini masih beluh tercapai lagi. Diharapkan usaha kearah itu tetap ada dan akan menjadi kenyataan suatu hari nanti. InsyaAllah. 

Antara yang hadir:
Dari Kiri: M.Yusri Y,SBA (Tuan Rumah) ,Aswardati,Nor Aini JK,Normaziah,Roziani,Siti Mariam,Zubaidah

 Mahadi M.

Nik Kamila & Norriza

Juga M.Redzaudin

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Daun Keladi