Selamat Datang..

Selamat Datang Ke Blog Bekas Pelajar Ting.Enam SMK Kuala Besut (Batch Pertama 1990/91). Kami Mengalu-alukan Sebarang Cadangan Daripada Anda

PENGUMUMAN TERKINI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1439H
Maaf Zahir & Batin
Eratkah Silaturrahim

PENAFIAN

PERINGATAN: Pengendali dan ExF6SMKKB90/91 tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Wednesday, September 21, 2016

ZIARAH UKHUWAH:Tautan Kasih exF6SMKKB90/91

Jerteh, 12 September 2016 (10 Zulhijjah 1437H) : Mengambil semangat pengorbanan sempena hari raya Aidil Adha, beberapa orang bekas pelajar Tingkatan enam SMKB 1990/91 telah merangka satu program ziarah ukhuwah dalam kalangan bekas guru tingkatan enam SMKB 90/91. Sebenarnya program ini telah dirancang sebulan yang lalu dan diperbincangkan menerusi media sosial aplikasi WhatsApp kumpulan. Program bermula seawal 1.45 petang pada hari raya pertama. Sebelum meneruskan program, mereka telah berkumpul di depan Masjid Kampung Gong Duek sebelum bergerak ke lokasi yang telah ditetapkan.

2.00 Petang : Menziarahi Ustazah Norma di Kampung Gong Duek (Empangan Jajar Besut).
Untuk Kenangan
Puan Asmawati menyampaikan cenderahati

3.00 Petang : Menziarahi Ustazah Siti Esah di Kampung Alor Keladi.
Semoga Allah meringankan kesulitan mereka dan menggantikan dengan kesihatan yang baik. Amiin.

4.30 Petang : Menziarahi Cikgu Haji Mahmood di Kampung Padang Luas.
Saudara Yusoff menyampaikan cenderahati tanda kenangan

6.30 Petang : Menziarahi Cikgu Haji Affandi di Kampung Alor Lintang.
Saudara Mahadi menyampaikan cenderahati kenagan....
Untuk kenangan...

8.00 Petang : Menziarahi Cikgu Hjh. Ruhani di Kampung Alor Lintang.
Borak santai...sekian lama tidak jumpa
Saudara Samsul menyampaikan cenderahati tanda ingatan
Raya ke-4 (5.00 Petang) : Menziarahi Cikgu Naziroh di Kampung Alor Lintang. Saudara Samsul telah menyempurnakan hasrat rakan-rakan lain kerana mereka telah ada jadual tersendiri dan tidak dapat mengikuti dan menyempurnakan program yang telah dirancang ini.
Tanda ingatan kami....
Ribuan terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan yang menyumbangkan idea sehingga program ini dapat dijayakan. Terima kasih tidak terhingga kepada Saudara Yusoff dan keluarga, Samsul dan keluarga, Mahadi, Puan Noryuzaini, Zubaidah dan Asmawati yang sudi melapangkan masa seharian menjayakan acara ini. Kepada yang tidak dapat menyertai majlis ini, tidak dilupai juga ucapan terima kasih untuk anda kerana setia menyokong usaha murni ini dilaksanakan. Terima kasih kepada guru yang sudi menerima kunjungan kami dan terima kasih atasa ilmu yang dicurahkan. Semoga segala sumbanagan langsung dan tidak langsung yang diberikan itu dibalas dengan ganjaran pahala oleh Allah. 

Semoga majlis seumpama ini akan diteruskan lagi pada masa-masa akan datang dan mendapat penyertaan yang ramai dari kalangan ExF6SMKKB 90/91 bagi memeriahkan acara.  

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Daun Keladi