Selamat Datang..

Selamat Datang Ke Blog Bekas Pelajar Ting.Enam SMK Kuala Besut (Batch Pertama 1990/91). Kami Mengalu-alukan Sebarang Cadangan Daripada Anda

PENGUMUMAN TERKINI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1439H
Maaf Zahir & Batin
Eratkah Silaturrahim

PENAFIAN

PERINGATAN: Pengendali dan ExF6SMKKB90/91 tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Friday, November 11, 2016

Guna Minyak Masak Berulangkali Berbahaya Kepada Kesihatan Pengguna

KUALA LUMPUR 5 Nov. - Walaupun berhadapan kesukaran mendapatkan bekalan minyak masak ketika ini, namun orang ramai diingatkan supaya tidak menggunakannya berulang kali bagi mengelakkan risiko kepada kesihatan jantung. 

Pensyarah Program Sains Pemakanan, Pusat Pengajian Sains Jagaan Kesihatan, Fa­­kulti Sains Kesihatan Uni­versiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Ruzita Abd. Talib berkata, minyak masak tidak sepatutnya digunakan untuk menggoreng lebih daripada sekali.
Menurut beliau, minyak masak akan bertukar menjadi lemak tepu apabila digunakan berulang kali yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada ke­­sihatan terutama menyebabkan saluran darah menjadi sempit.
"Apabila saluran darah ter­­­­sumbat, maka besar ke­­mungkinan seseorang in­di­vidu itu akan menghadapi se­­ ­ra­ngan jantung, lebih-lebih lagi kepada mereka yang jarang melakukan aktiviti fizikal.
"Oleh yang demikian, orang ramai digesa untuk menggunakan minyak da­lam kuantiti yang sedikit, dan seelok-eloknya dengan menukar kaedah masakan daripada menggoreng ke­pa­da kukus dan panggang yang dilihat lebih menyihatkan," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Kekurangan bekalan mi­nyak masak dilaporkan ber­laku di seluruh negara sejak lebih seminggu lalu akibat tindakan segelintir peniaga menyorok bekalan di samping pembelian pa­nik oleh orang ramai yang bimbang harga barangan ke­­perluan itu akan naik berikutan penstrukturan Skim Penstabilan Harga Minyak Masak berkuat kuasa Selasa lalu.
Menerusi penstrukturan itu, harga minyak masak bo­tol dijual mengikut pasaran terbuka manakala harga mi­nyak masak peket satu kilogram dijual pada harga subsidi RM2.50.
Sementara itu, Pensyarah Kanan Pusat Sukan, Uni­­ver­siti Malaya (UM), Dr. Sareena Hanim Hamzah berkata, penggunaan lebih daripada sekali untuk menggoreng akan menjejaskan kualiti minyak masak.
"Orang ramai dinasi­hat­kan menukar cara memasak dengan segera, selain bagus untuk kesihatan, langkah itu juga mampu mengelakkan daripada diserang sebarang penyakit kronik yang ber­pun­ca daripada makanan ber­minyak.
"Kaedah tersebut me­mang sedia ada dalam pan­duan pemakanan yang sihat dan mungkin inilah masa untuk kita mengamalkan pe­­makanan yang sihat," jelasnya.

Bacaan lain : http://www.malaysiakini.com/news/362206

Ruj: http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32289&mode=thread&order=0&thold=0

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Daun Keladi