Selamat Datang..

Selamat Datang Ke Blog Bekas Pelajar Ting.Enam SMK Kuala Besut (Batch Pertama 1990/91). Kami Mengalu-alukan Sebarang Cadangan Daripada Anda

PENGUMUMAN TERKINI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1439H
Maaf Zahir & Batin
Eratkah Silaturrahim

PENAFIAN

PERINGATAN: Pengendali dan ExF6SMKKB90/91 tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Friday, November 11, 2016

Misi 1991 Tertunai Pada 2016

11 OKTOBER 2016, Kuala Lumpur - Siapa sangka, selepas 25 tahun cita-cita untuk memiliki segulung ijazah akhirnya termakbul jua. Ia bukan sesuatu yang mudah untuk dicapai selepas terpaksa mengharungi dunia rumah tangga. Jika sebelum ini impian itu boleh dikatakan mudah kerana minda masih segar dan tidak terikat dengan sebarang tanggungjawab melainkan tumpuan kepada pelajaran sahaja. Namun itu cerita 25 tahun dahulu..... Kini, berbekalkan satu iltizam dan semangat juang yang kental, mereka telah buktikan kepada bukan sahaja rakan sekelas namun kepada ahli keluarga bahawa hidup berkeluarga bukan penghalang kepada cita-cita dan rezeki.

Segala kesusahan dan halangan sepanjang jalan perjuangan itu dihadapi dengan tabah dan sabar demi melakar satu sejarah pada diri sendiri. Sesungguhnya bukan sedikit menuntut pengorbanan untuk menggapai impian ini. Akhirnya segala kepayahan itu diraikan oleh bukan sahaja rakan-rakan bahkan ahli keluarga dengan ucapan tahniah yang tidak putus-putus dan disambut dengan linangan air mata kesyukuran kepada Allah kerana menyempurnakan hajat meskipun diangka 40an. 

Semoga kejayaan yang diraih mereka ini membakar semangat kepada sahabat yang lain untuk turut sama melakar kejayaan. 

Kami warga exF6SMKKB90/91 merakamkan sekalung tahniah sempena Majlis Konvokesyen, kepada:

1. Puan Kilawati (UPM)
2. Puan Asmawati
3. Puan Nik Kamila
4. Puan Nor Reza
5. Puan Hasiah

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kegemilangan dalam usaha menabur bakti kepada anak bangsa dan dirahmati Allah selalu hendaknya.



No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Daun Keladi