Selamat Datang..

Selamat Datang Ke Blog Bekas Pelajar Ting.Enam SMK Kuala Besut (Batch Pertama 1990/91). Kami Mengalu-alukan Sebarang Cadangan Daripada Anda

PENGUMUMAN TERKINI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1439H
Maaf Zahir & Batin
Eratkah Silaturrahim

PENAFIAN

PERINGATAN: Pengendali dan ExF6SMKKB90/91 tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Friday, December 16, 2016

Ilmu Hartanah Penting Sebelum Memiliki Rumah Mampu Milik

Memiliki rumah yang selesa adalah impian golongan muda di mana pada usia ini pastinya mereka bersemangat untuk memperoleh sesuatu serta optimis terhadap cita-cita atau impian termasuklah memiliki rumah sebagai aset. 

Bahkan jika diukur pada tahap umur golongan muda yang berusia antara 23 hingga 40 tahun, sepatutnya mereka sedang atau telah membina tapak yang kukuh untuk kehidupan masa depan terutama telah memasuki pasaran kerja yang tetap, berkeluarga dan mempunyai kualiti hidup yang baik. Kualiti hidup yang baik seringkali dihubungkait dengan memiliki rumah yang selesa. Namun, dengan harga pasaran hartanah yang semakin menggila hari ini, sejauh manakah golongan sasar mampu memiliki kediaman sendiri. 

Oleh yang demikian Pengarah Urusan Hartabumi, Radzi Tajuddin menggesa golongan muda supaya lebih sedar serta meningkatkan ilmu pengetahuan tentang hartanah. "Kita jangan terlalu cepat nak marahkan pelabur bila tak dapat beli rumah sedangkan kita sendiri pun ilmu tak ada, kita jangan cepat nak salahkan pemaju-pemaju ini sedangkan mereka pun mengikut harga pasaran. Kalau itulah permintaannya, itulah yang dibekalkannya. 

"Jadi, kita sebagai orang muda, apa yang kita kena buat adalah kita kena bersuara, kena desak dan pantau kalau kita rasa ada trend-trend yang tidak sihat seperti pada tahun 2009, 2014 di mana harga tanah naik tiga kali ganda. "Kita kena meningkatkan pengetahuan itu, peranan kita sebenarnya dan bagaimana kita nak tahu perkara ini dengan hanya ilmu hartanah," kata Radzi dalam forum Rumah Mampu Milik atau Mampu Tengok di Kuala Lumpur malam tadi. 

Mengulas lanjut Radzi atau lebih mesra dengan panggilan Matrodi berkata dengan ilmu hartanah yang dimiliki itu jugalah akan dapat membantu golongan sasar memiliki rumah kediaman mereka.

"Kalau kita tengok gaji kawan kita RM2,500 tapi boleh beli 10 hartanah, mesti ada yang tak kena. Mesti ada kekurangan dari segi Bank Negara ke, pinjaman ke. "Jadi, perkara-perkara inilah untuk kita menjadi lebih sedar tentang isu rumah mampu milik tersebut. 

"Kalau kata Bank Negara tak ketatkan lagi, kita minta diperketatkan, kalau kata kerajaan tak menghasilkan pendapatan, kita kritik, kalau kata kerajaan pemerintah ada yang tak kena bagi lesen kepada pemaju atau apa, kita suarakan," kata Matrodi

sumber: http://www.malaysiakini.com/news/366281

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Daun Keladi