Kenapa ramai orang megabaikan majlis-majlis ilmu? Manusia lebih terbuka langkahnya untuk memenuhi lapangan pasar malam, karnival dan ekspo atau bersantai-santai di warung dan restoran hingga larut malam.
Kata Ustaz Rosli Jabar dalam kuliah Maghribnya, ini semua disebabkan oleh manusia tidak tahu nilai ilmu agama walaupun mereka tahu ilmu itu penting dalam kehidupan. Yang manusia tahu hanya ilmu yang boleh mendatangkan gaji yang besar, ilmu yang membolehkan mencapai darjat dan pangkat yang tinggi.
Ustaz memberi contoh bagaimana besarnya nilai ilmu. Kisah Khalifah Umar r.a. dengan budak pengembala kambing. Apabila Umar mahu membeli kambing, budak itu berkata bahawa dia hanya pengembala kambing. Belilah dengan tuanpunya kambing.
Umar menguji lagi,” Juallah kambing itu kepadaku. Majikan kamu tak akan tahu jika kau menjual seekor kambing kepadaku. Katakan saja kambingmu itu dimakan serigala.”Jawab budak itu lagi, “benar tuan kambing tak tahu. Tetapi Allah tahu.”
Umar amat kagum dengan kefahaman agama budak itu. Tanpa kefahaman ilmu, bagaimana bisa budak itu bersikap sejujur demikian. Inilah nilai kefahaman ilmu.
Seperti mana hadis daripada Mu'awiyah (RA): Saya pernah mendengar nabi bersabda: "Sesiapa yang Allah hendakkan kebaikan kepadanya, Allah akan berikan kepadanya kefahaman agama." [Bukhari dan Muslim].
“Cuba fikir sejenak. Allah itu Maha Kaya,” kata Ustaz Rosli. “Kurniaan yang Dia hendak beri kepada hamba-hamba yang dipilih-Nya sudah pastilah sesuatu yang amat tinggi nilainya. Maka sudah pastilah kefahaman ilmu adalah sesuatu yang tak terhingga tinggi nilainya. “ Hanya manusia yang sibuk pagi, petang dan malam mengejar dunia tak berpeluang untuk menadah anugerah Allah ini.
Kredit: http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33340

No comments:
Post a Comment