Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Besut atau nama ringkasnya SMK
Kuala Besut, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di
Kuala Besut, Besut, Malaysia.
Sekolah
Menengah Kebangsaan Kuala Besut ditubuhkan pada tahun 1970 dan
dirasmikan oleh Tun Musa Hitam merangkap Menteri Pelajaran ketika itu. Nama
sekolah ini diambil sempena nama Pekan Kuala Besut. Pada awalnya SMk Kuala
Besut terdiri daripada dua bangunan batu 2 tingkat dan sebuah kantin, manakala
jumlah pelajar adalah seramai 128 orang. Tuan Haji Hassan b Said telah
dilantik sebagai pengetua yang pertama.
Pada
tahun 1977 bangunan tambahan telah dibina merangkumi bangunan 3 tingkat,
bengkel seni perusahaan, 2 unit rumah guru dan sebuah padang permainan. Pada
tahun 1978, dibina pula 2 buah asrama sementara yang terdiri daripada
rumah-rumah sewa yang dibiayai oleh Yayasan Terengganu dan Majlis Kebajikan
Masyarakat.
Pada
tahun 1990, SMK Kuala Besut buat julung kalinya mewujudkan kelas untuk pelajar
Tingkatan Enam dengan mewujudkan dua kelas pengajian iaitu Pengajian Syariah
dan Sastera/Ekonomi. Ia merupakan sekolah pertama yang mewujudkan dua kelas
seumpama ini di Besut dan secara tidak langsung telah memberi peluang kepada
pelajar daripada aliran sekolah agama yang gagal melanjutkan persekolahan ke
tingkatan enam di sekolah aliran agama (gagal bahasa arab – subjek teras dan
pra syarat untuk sambung tingkatan enam aliran agama) menyambung pengajian
tingkatan enam mereka di SMK Kuala Besut. Keputusan sulung STPM90/91 telah melonjak SMK Kuala Besut dipersada pendidikan PPD Besut kerana memperolehi keputusan terbaik mengatasi sekolah tingkatan enam elit lain. Keputusan ini bukan sahaja membangga seluruh tenaga pengajar tingkatan enam malahan seluruh warga SMKB yang telah membuktikan bahawa SMK Kuala Besut mampu bersaing dan setaraf dengan sekolah-sekolah lain di Besut.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Besut memiliki 829
pelajar lelaki dan 832 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid
seramai 1661 orang. Ia mempunyai seramai 120 orang guru.2009
SMK Kuala Besut terletak di Kampung Gertak Seratus, kira-kira 2km dari pekan Kuala Besut. Ia dihungungkan dengan jalan utama K.Besut ke Tok Bali dan tidak jauh dari sempadan Daerah Besut,Terengganu – Daerah P.Puteh,Kelantan
SMK Kuala Besut |
Fakta Angka
1977
|
Dibina bangunan 3 tingkat, Bengkel Seni
Perusahaan, 2 unit rumah guru dan sebuah padang permainan
|
1978
|
Dibina 2 buah asrama sementara dibiayai oleh
Yayasan Terengganu d an Majlis Kebajikan Masyarakat
|
1985
|
Dewan tertutup dibina. Pada tahun 2001 dewan ini
ditutup dan dijadikan stor. Pada tahun 20 08 dewan ini diubahsuai menjadi
3buah kelas.
|
1990
1997 |
Pengambilan pertama pelajar Tingkatan Enam (Aliran Syariah & Ekonomi)
Surau baharu dibina |
2002
|
Dewan baharu dibina . Pada tahun 2010
dewan ini diberi nama Dewan As-Syafie.
|
2003
|
Bangunan Programn Kelas Khas Pembelajaran (PKBP)
dibina dan mula beroperasi
|
2004
|
Asrama baharu dibina
|
2006
|
Kelas menservis motosikal (MPV) dibuka
|
2011
|
Galeri Gemilang telah dibina dan dirasmikan oleh
Tn Hj Berahim b Embong pada tahun 2011 selaku Pengetua pada masa tersebut
|
Nota: Tidak banyak maklumat yang diperolehi tentang sejarah SMKB. InsyaAllah PEMANTAU akan dapatkan maklumat lanjut dan akan kemaskinikan.
Rujukan: cgzalena.blogspot.com
No comments:
Post a Comment