Selamat Datang..

Selamat Datang Ke Blog Bekas Pelajar Ting.Enam SMK Kuala Besut (Batch Pertama 1990/91). Kami Mengalu-alukan Sebarang Cadangan Daripada Anda

PENGUMUMAN TERKINI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1439H
Maaf Zahir & Batin
Eratkah Silaturrahim

PENAFIAN

PERINGATAN: Pengendali dan ExF6SMKKB90/91 tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tuesday, March 14, 2017

Politeknik Baru Bakal Dibina Di Besut

BESUT,11 Mac 2017- Sebuah politeknik bernilai RM180 juta akan dibina di Besut pada tahun ini bagi memenuhi keperluan graduan dalam bidang teknikal khususnya di negeri ini. Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, politeknik tersebut akan dibina di satu kawasan berhampiran Bukit Keluang dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Kota Putera di sini.
Katanya, majlis pecah tanah pembinaan politeknik berkenaan akan dilakukan pada 18 Mac ini dan pembinaannya dijangka mengambil masa tidak melebihi tiga tahun.

"Dengan pembinaan politeknik ini, negeri Terengganu akan mempunyai dua politeknik selain di Dungun yang mampu menampung lebih 1,000 pelajar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Berkelompok Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Dun Jerteh di Dewan Gong Nering di sini, hari ini.

Idris juga berkata, Kementeriannya meluluskan peruntukan berjumlah RM40 juta bagi pembinaan sebuah perpustakaan baharu di Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA) Kampus Tembila, di sini dan membina beberapa bangunan fakulti baharn ini.u tahu

sumber: 
http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/politeknik-bernilai-rm180j-dibina-di-besut-1.641530

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Daun Keladi