Selamat Datang..

Selamat Datang Ke Blog Bekas Pelajar Ting.Enam SMK Kuala Besut (Batch Pertama 1990/91). Kami Mengalu-alukan Sebarang Cadangan Daripada Anda

PENGUMUMAN TERKINI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1439H
Maaf Zahir & Batin
Eratkah Silaturrahim

PENAFIAN

PERINGATAN: Pengendali dan ExF6SMKKB90/91 tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Wednesday, April 5, 2017

Awas..Tektik Penipuan Menerusi Talian Telefon

KUALA TERENGGANU - Polis Kemaman mengesan kegiatan penipuan menerusi talian telefon dengan taktik licik mengakibatkan tiga mangsa di sini kerugian sehingga RM180,000. Ketua Polis Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata taktik penipuan tersebut menunjukkan peningkatan bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

"Mereka akan membuat panggilan secara rawak ke atas mangsa dengan memperkenalkan dari institusi perbankan dan memberikan pelbagai helah sebelum mengarahkan mangsa memindahkan wang.
Golongan ini sangat licik, suspek pakar dalam mengalihkan talian telefon dipercayai menggunakan 'Voice Over Internet Protocol (VoIP)' bagi menyakinkan mangsa panggilan yang dibuat itu menerusi talian bank," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Menurutnya mangsa masing-masing menanggung kerugian sehingga RM12,000, RM28,000 dan RM140,000 hasil helah daripada pihak yang tidak bertanggungjawab itu.

Katanya penjenayah tidak mengira mangsa, pangkat dan peringkat umur dan bagi kes di Kemaman melibatkan mangsa yang bekerja dalam sektor swasta dan pesara bank.
Mohd Said berkata sepatutnya penipuan seumpama itu senang dikesan kerana pihak bank tidak akan meminta butiran peribadi menerusi panggilan telefon.

"Jangan mudah percaya dan sesekali memberikan butiran peribadi menerusi panggilan telefon dan  jika menerima panggilan yang meminta untuk memindahkan wang semak terlebih dahulu panggilan berkenaan," katanya.

Selain itu beliau juga menasihatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan pembelian dalam talian dan perlu berwaspada agar tidak menjadi mangsa dan tertipu. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Daun Keladi