Selamat Datang..

Selamat Datang Ke Blog Bekas Pelajar Ting.Enam SMK Kuala Besut (Batch Pertama 1990/91). Kami Mengalu-alukan Sebarang Cadangan Daripada Anda

PENGUMUMAN TERKINI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1439H
Maaf Zahir & Batin
Eratkah Silaturrahim

PENAFIAN

PERINGATAN: Pengendali dan ExF6SMKKB90/91 tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Sunday, October 4, 2009

Menjawap Pertanyaan dan Info semasa

No.Telefon Sahabat Lain


Kepada rakan-rakan yang bertanyakan kenapa saya tidak senaraikan no.telefon rakan-rakan yang lain? Maka saya ingin maklumkan bahawa, pada awalnya memang saya terfikir untuk menyenaraikan nama dan no. telefon mereka, namun saya berpendapat bahawa jika saya pamerkan no.telefon mereka saya bimbang hak 'privacy' mereka dicerobohi oleh insan lain yang terbuka blog kita. Blog boleh dilayari diseantero dunia,jadi mereka yang diluar sana kita tidak tahu niat mereka. Kita bimbang mereka akan membuat panggilan dan mengganggu hak 'privacy' rakan kita yang akhirnya kerana bosan dengan gangguan itu, rakan kita pulak tukar no. telefon. Dah kita pulak yang susah nak hubungi mereka. Maka, pada pandangan saya adalah lebih baik saya menjaga hak 'privacy' rakan-rakan kita itu, dengan tidak memamparkan no.telefon rakan kita itu di dalam blog ini.


Sekiranya ada sahabat yang inginkan no. telefon sahabat yang lain boleh hubungi saya ditalian HP atau email saya.(maaf saya tak nak dedahkan email saya diruangan ini atas faktor keselamatan sebab saya masih menggunakan email jabatan.Bimbang ada insan lain yang hantar email memenuhi mailbox jabatan.). Mungkin juga pada pertemuan kedua nanti, saya akan berikan senarai sahabat kita dalam bentuk 'hard copy'. Semasa perjumpaan pertama itu, saya terlupa bawa. Maka secara tidak langsung, semua kita ini menjadi back-up saya.


Info Semasa

Berikut ini adalah antara sahabat-sahabat lama yang saya dapat kesan dan hubungi:

1. Sdra Yusof Shafie -Kelas 6A1. Beliau kini mengajar di SMK Lukut, Port Dikcson,NS. Telah berumahtangga dan telah dikurniakan 3 orang cahaya mata setakat ini.


2. Normaziah- Kelas 6A1, pula mengajar di SMK Sungai Pusu, Gombak, Selangor. Dekat je dengan rumah saya. Belum dapat hubungi beliau. InsyaAllah saya akan cuba dapatkan maklumat beliau jika ada masa terluang.


3. Siti Mariam - Kelas 6A2. memilih Pasir Puteh, Kelantan untuk menetap. Lupa dah berapa orang cahaya mata. Tiga orang juga kot. Kebetulan rumah beliau berhampiran dengan rumah saya di sana. InsyaAllah saya akan ziarahi beliau (bolehke...) bila balik Pasir Puteh atau ketika ada urusan di sana.

4. Nazli -Kelas 6AI.(panggilan glamour Acong). Kini mengajar di Sungai Petani Kedah. Masih singgle 3 (sama dengan saya...) Juga dah ada cahaya mata. Isteri pun orang Kedah. Tapi loghat timur tok lari lagi meskipun dah lama merantau...Mungkin sebab masih dok pekena kropok dan budu, jadi 'tune' tu kekal. Dia kirim salam kat semua. Maaf sebab masih tak berkesempatan nak singgah Sg.Petani meskipun banyaka kali pi utara. Lain kali saya habaq awai sebelum pi blah sana....

Itu dulu untuk setakat ini. Jumpa lagi...Wassalam.

SAMSUL B.A, Kepong

1 comment:

  1. ooi...juki kerja TNB..ingatkan peraih lembu sbb ari tu dia banyk cerito hal lembu..good info. thniah mesol...zawahil(guna url blog anak).

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi