Selamat Datang..

Selamat Datang Ke Blog Bekas Pelajar Ting.Enam SMK Kuala Besut (Batch Pertama 1990/91). Kami Mengalu-alukan Sebarang Cadangan Daripada Anda

PENGUMUMAN TERKINI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1439H
Maaf Zahir & Batin
Eratkah Silaturrahim

PENAFIAN

PERINGATAN: Pengendali dan ExF6SMKKB90/91 tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Monday, March 28, 2011

Perjuangan belum berakhir

Salam sejahtera,
Saya berterima kasih diatas pandangan-pandangan yang dilontarkan rakan-rakan diruangan bicara sosial FB dan blog ini. Terima kasih atad sokongan dan dorongan.


Saya bukanlah merajuk memendam rasa, namun selaku insan yang berusaha membuka lembaran baru kepada sebuah pertemuan yang sekian lama terpisah, terasa terasing dalam pencarian itu. Saya mencetuskan idea ini kepada Cikgu Fandi dan kami merangka agenda bersama bagaimana nak menjadikan impian itu suatu kenyataan. Saya jemput kawan-kawan yang lain. Saya lupakan penat lelah dan beberapa kali kami mengadakan siri perbincangan.Dan pernah saya sampai di Bukit Kluang Beach Resort (malam) dengan tidak sempat untuk mandi pun (memandu dari Kuala Lumpur) semata-mata untuk merealisasikan program pertemuan yang dirancang. Setelah habis bermesyuarat saya terus ke Setiu dan paginya bertolak balik semula ke KL.


(Saya tinggalkan urusan keluarga saya seketika kepada isteri dan mereka faham hasrat saya. Saya akui, keterlibatan saya dalam EXF6SMKKB ini mengurangkan waktu saya bersama dengan keluarga terutamanya emak saya yang sering kali mengharapkan kepulangan saya boleh membantu urusan peribadinya, namun kadang-kadang kepulangan saya itu tidak sempat untuk berbicara; sekadar jumpa selepas solat subuh dan terus beredar..Namun saya harap mereka faham kerja saya walaupun ia hanyalah sukarela..ia SUKA dan RELA....Keluarga saya selalu kata.."YB dah balik"...setiap kali habis majlis EXF6SMKKB..saya senyum sebab YB itu bagi saya ialah Yang Berkhidmat. Seringkali saya terpaksa tinggalkan majlis keluarga sebab EXF6SMKKB).


Akhirnya kami berjaya mengadakan petemuan sulung pada tanggal 22 Sept. 2009...Detik itu melakar sejarah baru kepada kita. Dengan semangat yang masih menggunung, mengenepikan pandangan negatif (manusia dianugerahkan pelbagai ragam dan sifat, indah ciptaan Ilahi) pertemua kedua pula menyusul pada 12 Sept.2010


Meskipun jumlah kehadirannya sama, cuma ahli yang berbetukar ganti kami menyusun pertemuan ke-3....Dengan harapan lebih ramai penyertaan. Saya telah berusaha untuk mengumpulkan seramai mungkin para guru dalam pertemuan ini. Kami rangka program. Kami adakan 2 siri mesyuarat (kedua-duanya tidak cukup korum dan tiada sambutan ahli). Majlis perjumpaan kali ke-3 ini terasa amat berat bebanan digalas berdasarkan kepada sambutan dingin para ahli. Saya tidak memaksa orang untuk mengikut cara saya bekerja, namun saya cuma mengajak untuk berfikir. Saya buat semua ini sebab saya sayangkan kawan-kawan. Saya tidak fikir untuk mencari populariti tetapi saya memikirkan persahabatan itu yang amat berharga buat saya. Mengapa SMKKB? Mengapa saya tidak pilih SKPA (permulaan saya mengenali 1,2,3...alif, ba, ta)? Mengapa tidak SMKAW atau SMAIJ? Semua saya sayang, namun yang terpilih hanya SMKKB. Sebab? Disinilah kita mula mengenali erti sebuah perjuangan dalam memburu cita-cita; merealisasikan impian seorang pelajar. Disini kita belajar erti susah dan erti persahabatan. Disinilah lahirnya rasa ukhwah dan menerima apa yang ada daripada kebiasaan norma kehidupan pelajar di semua sekolah itu; SMKKB dibandingkan SMAIJ dari segi kemudahan, amat jauh beza. Namun perbezaan sosio-budaya Kuala Besut itu bagai satu tarikan magnet. Disini dengan segala kesederhanaan itu kita bangkit berazam dengan penuh iltizam bahawa kita adalah juara! Kita bangunkan Seri Nering, kita bangkitkan Tengku Mahmood dan Nasiruddin bahawa Kuala Besut adalah kuala keramat! Meskipun kini laungan keramat itu kian tenggelam dibawa arus tengkujuh dimuara kuala.....


Berbekalkan kata-kata azimat daripada para guru serta berbekalkan doa ibu-bapa kita robohkan kota kemasyhuran mereka. Sedari itulah saya berpendapat bahawa saya perlu lakukan sesuatu untuk saya kumpulkan kembali semua rakan-rakan dan para pendidik untuk kita bertemu buat sekian kalinya mengenangkan jasa mereka. Namun mungkin kerana kita telah berada disofa empuk dibuai udara nyaman, jasa-jasa mereka itu kita campakkan hanyut di Laut China Selatan......Mungkin juga kerana kita telah bergaji besar, berpangkat serta berkedudukan tinggi, maka terasa malu untuk bersila dilantai pasir Teluk Budu berbumbungkan langit biru dihembus bayu China Selatan..


Tidak mengapa, Allah ciptakan manusia ini dengan pelbagai citarasa berbeza. Dan perbezaan inilah yang belum kita fahami, yang belum terungkai meskipun putik bunga memahami perbedaan itu telah ada, cuma masih belum mampu mekar mewangi. Bukan senang untuk menyenangkan orang namun tidak susah untuk menyusahkan orang yang telah hidup senang. Bukanlah suatu perkara yang mudah untuk menjaga sepohon pokok persahabatan...pohonan yang sepatutnya merimbun dan menjadi teduhan menjadi layu-kering tiba-tiba.....


Akhir sekali, coretan ini bukannya untuk bermegah dengan segala usaha yang telah saya dan kami lakukan namun untuk membangkitkan kembali semangat kawan-kawan untuk kita berfikir sejenak. Tika kita berada di puncak gunung kejayaan janganlah sesekali kita lupa pada lembah tempat kita mula mendaki. Tika haus, kita diberikan secawan susu agak hilang dahaga, tika lemas, kita dihulurkan sebantang tongkat menarik naik kedaratan lalu janganlah tongkat itu dicampakkan begitu sahaja. Baktinya dilupakan. Bukan juga saya merajuk namun terlintas dihati kenapa saya diberi tanggungjawab dan dibiarkan bersendirian? Alang-alang bersendirian, biarkan kami bersendirian dahulu...nak ikut tak apa, tak nak ikut pun tak kisah. Kita sukarela..tiada paksaan, namun perjuangan ini belum berakhir...Persahabatan Didahulukan, Matlamat Diutamakan.


Wassalam


1 comment:

  1. Salam......
    Wahai anak-anak buah EXF6SMKKB90-91 bangunlah dan bangkitlah ....sahut cabaran daripada ketua anda ini.. jangan biarkan beliau bersendirian dalam meneruskan perjuangan untuk mengekalkan ikatan ukhwah dan tali persaudaraan yang semakin kendur dek masa dan jarak yang memisahkan.... Ayuh kawan2 jangan biarkan taukeh kita ni merajuk berpanjangan....dan samalah kita ikut serta dalam setiap program yg dirancangkan supaya ikatan yang ada lebih mesra dan bermakna serta berkekalan sampai bila-bila..... Kalau tak mampu sumbangkan tenaga ..kita pakat-pakatlah sumbagkan buah fikiran supaya persatuan ini terus hidup...dan kalau tak ada idea, nak sumbangkan kewangan pun lg bagus rasanya....
    asalkan persatuan yang dah diada ni tidak berkubur begitu saja..... itu saja..kalau bagus bolehlah ikut, kalau tak sesuai abaikan aje....pendapat org tengah boring dan mengantuk ...take five drp buat kerja budak sekolah...kuang kuang kuang.....

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi